Anak Perempuan tentu berbeda cara mendidiknya dengan anak laki-laki, kali ini admin menuliskan pendekatan mendidik anak perempuan. Bukan hanya seorang ibu yang berperan untuk mendidik anak perempuannya. Namun ayah pun wajib mendidik anak perempuannya.
Mari kita ketahui lebih dalam lagi.
1) Hubungan Ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka
Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada mereka. Mari kita lihat pendekatan Rasullulah S.A.W dalam mendidik puterinya Fatimah al- Zahra. Dikhabarkan oleh sayidatina Aisyhah, ketika Fatimah datang menemui baginda Rasullulah segera bangun untuk menyambut anak kesayangannya itu dan mendudukkanya di tempat duduk baginda.Begitulah jua, keadaannya ketika baginda menziarahi Fatimah. Fatimah akan berdiri menyambut kedatangan Rasullulah dan memegang tangan baginda lalu mendudukkan baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat, Fatimah menziarahi baginda, lalu baginda Rasullulah menyambutnya dan mengucupnya (Riwayat al-Bukhari). Malah jika kita ingin memberikan sesuatu kepada anak-anak kita dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan. Hal ini kerana, tabiat wanita adalah lemah dan memerlukan perlindungan.
2) Menanam ke dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada Allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menganjurkan golongan ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak dengan menjadi garang dan menggugut mereka dengan rotan dan sebagainya. Malah tindakan sebegini hanya akan menjadikan mereka renggang dengan ibu bapa dan hanya menyuburkan perasaan benci kepada kedua-dua orang tua mereka. Sebaliknya Islam menyuruh mereka ibu bapa agar menanam perasaan ketakutan terhadap Allah dalam diri anak-anak. Dalam hal ini, kita boleh mencontohi sikap Rasullulah terhadap anakanda baginda iaitu Fatimah, Sabda Rasullulah, maksudnya : " Wahai Fatimah, mintalah dariku apa sahaja yang kau ingin daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak siksaan Allah terhadapmu" (Riwayat al-Bukhari)
3) Menghukum mereka dengan cara merenggangkan hubungan komunikasi dan interaksi dalam tempoh masa yang sesuai. Jika kita lihat, pendekatan yang diguna pakai oleh Rasullulah dalam mendidik ahli keluarganya, jika ada salah seorang daripada ahli keluarga baginda berbohong maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat (Riwayat Ahmad). Pendekatan ini sesuai untuk diguna pakai apabila kita telah mendidik anak-anak dengan asas akidah,ibadah dan akhlak dan jika berlaku pelanggaran terhadap mana-mana asas tadi maka ibu bapa boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak menyebabkan anak-anak memberontak.
4) Tanamkan dalam diri anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa anak-anak perempuan secara psikologinya lebih suka untuk meluahkan masalah dan teman yang sudi mendengar keluh-kesah hidup mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak-anak perempuan lebih cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada golongan Adam. Jesteru itu, ibu bapa hendaklah di peringkat awal menanam asas tauhid diri dalam anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan hidup mereka kepada Allah.
5) Memperkaya mereka dengan kisah-kisah wanita solehah. Ibu bapak hendaklah menggunakan waktu senggang yang ada pada hujung minggu atau bila-bila masa yang difikirkan sesuai untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman seperti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan sebagainya agar mereka dapat mengambil iktibar daripada kisah hidup tokoh-tokoh berkenaan.
Marilah kita mendidik anak-anak kita dengan benar dan taat kepada tuhanNya.